Assalammualaikum
Seriusly, aku sampai sekarang nih tak pernah lagi ungkap kan rasa sayang aku kat mak aku.. Bukan aku tak nak.. Aku mcm tak terluah.. Bukan aku tak sayang mak aku.. Aku sayang sangat.. Aku tau aku banyak sangat sakitkan hati dia.. Aku tak pernah buat dia bangga dengan aku, walaupun sedikit.. Aku selalu tertinggikan suara kat mak aku, tapi mak aku tak tengking pun aku walau aku tahu dia mesti terluka sangat taim tu.. Aku nak mintak maaf, tapi lidah aku kelu untuk berkata2.. Aku tak tau nak mula macammana..
Aku ada sorang sahabat baik.. Yang aku kira terlalu baik.. Sampaikan kadang2 aku lebih banyak meluangkan masa ngan kawan baik aku nih berbanding ngan mak aku.. Bila mak aku cakap jangan keluar, aku tetap akan keluar jumpa kawan baik aku.. Dia ada masalah, aku lah yang akan tolong.. Tapi satu hari, aku ada masalh, aku citer kat kat dia.. Tapi dia tak tolong aku pun.. Malah dia citer kat kawan yang lain dan aku kena kutuk.. Sampai hati dia.. Bila mak tengok aku muram, pucat, mak aku tanya kenapa aku jadi macam tu. Aku tanpa segan silu citer masalah aku sambil menangis teresak2. Mak aku mintak aku bersabar dan tenangkan aku.. Dan dia pada hari itu jugak tolong aku setelkan masalah aku.. Yea! time tu baru aku sedar bahawa EMAK la sahabat terbaik aku.. MAk kita tak kan sekali2 memburuk2kan kita di depan semua orang.. mak jugak takkan membiarkan anaknya bersedih.. kenapa perlu nak mengagung2kan kawan yang cuma menjadi "kawan" masa kita senang..????
Ketahuilah lah mak, walaupun aku tak pernah ungkap kata sayang, aku nak mak tau yang aku terlalu sayang kan mak, melebihi segalanya..
Kalau lah di beri pilihan, aku lagi rela pergi menghadap Illahi sebelum mak aku.. Bukan sebab aku tak reti nak buat kerja rumah atau tak rela nak ada komitmen, tapi semuanya sebab aku tak boleh hidup tanpa mak.. Lagi satu, aku masih belum membalas semua jasa mak kat aku.. Walau aku tau memang takkan terbalas pun semua pengorbanan dia terhadap aku..
Sobs sobs.. Airmata dah mengalir.. Bye..